Sunday, 26 January 2014

Weekend oncall

Hi blog. Harini adalah hari Ahad dan harini aku oncall. Tahukah kamu bahawa Adam demam sejak 2 hari lepas? Mungkin bayi comel ini hendak melangkau milestone? Atau mungkin sahaja bayi ini mahu tumbuh gigi lagi. Atau barangkali bayi ini demam kerana perubahan cuaca? Tuhan sahaja yang tahu betapa beraaaatnya hatiku ini hendak meninggalkan bayi ini ketika beliau demam.

Sekarang sudah jam 2339. Selesai sudah juara lagu yang aku tonton sendirian di kamar oncall ini. Selesai sudah aku menggosok seluar kerja suami dan tudung-tudungku cukup stok untuk sebulan. Kalaulah aku berada di rumah pastinya saat dan ketika ini aku sudah memeluk si kecik comelku ini sambil diiringi irama dengkuran suami yang silih berganti dengan dengkuran si kecik. Oh rindunya!

Cepatlah esok, mama mahu pulang.

Adam, mu tunggu mama datang. ♡♡♡

Sent from Yahoo Mail on Android

No comments: