Tuesday, 25 September 2012

Vespa FTW

Haha.

Saya suka naik vespa kuning kepunyaan suami. Teringat masa zaman belajar dulu. Suami memang peminat motor antik (atau sebenarnya moto tu je yg dia mampu masa tu). Masa awal kerja, suami beli vespa kuning untuk dibawa pergi pulang kerja. Sampailah suatu hari dia tergolek atas jalan (panjng cerita). Sejak tu dia pakai kereta pulak. Tp sekarang lepas vespa dh siap repair, dia naik vespa semula ke kerja kalau cuaca memuaskan. Jimat sikit katanya. I love you husband.

Saya suka vespa suami sebab dia x boleh pergi laju mana pun. Hehe. Setakat buat jalan-jalan amek angin pagi atau petang memang saya gemar dengan vespa ni. Minggu lepas suami bawa kami ke hutan lipur bukit belacan. Air yang mengalir tu Subhanallah. Masih jernih. Even suami kata dulu x sejernih ini. Nampak beberapa warga tempatan berjoging dan beriadah pagi kt situ. Nyaman. Saya tak join beriadah? Oh tidak lah. Biarlah baby kat dalam ni je shuffle dan berenang sendiri dulu. Hehe.


Sent from Yahoo! Mail on Android

No comments: