Tuesday, 25 September 2012

Nombor-nombor scam

Dari mula kerja sampai sekarang hampir setiap hari aku dapat panggilan dari nombor-nombor random yang kebanyakannya menawarkan pelbagai pakej insurans la, personal loan la, celcom la. tp aku tak boleh la nak deal dengan orang through the phone. setakat ni ada beberapa number la yg aku save. just in case if diorang call lagi aku memang tak nak dah jawab.

1. 0327225678
number ni misscall aku 2 kali dah harini. aku x ingat kisah dia apa. tp bila aku google banyak rupenya orang dah pernah dapat call dari number ni offering insurans. semuanya tipu belaka. korang boleh google ada blog lain yang komplen jugak. aku type pakai ipad ni so tak reti nak add link. boo!

2. +303
number ni call aku last week. 21/9/12. mengaku dari celcom. nama pemanggil ialah Aisyah. dia cakap perbualan ini dirakam. aku tanya dapat number and details aku dari mana pasal dia sebut nama penuh aku. dia cakap dia dapat number dari rekod apentah. aku x dapat nak fokus dekat ape yang die cakap pasal dia call time waktu bekerja. bila aku cakap aku busy, dia macam tak puas hati pulak. dia tanya kenapa cik Arina tak berminat menggunakan perkhidmatan celcom ye?? terus aku letak talipon. malas nak layan.

3. 0327883400
yang ni call masa birthday aku haha (30/8/12). dari bsn katanya. yang aku tak boleh tahan tu awal2 perbualan dia cakap terima kasih kerana sehingga kini menjadi pelanggan setia bsn. lepas tu aku tanya dia semula, kalau betul awak dari bsn, cuba check bila kali terakhir saya melakukan sebarang transaksi dengan bsn. (dengar dia type2 komputer) Dia jawab, "June 2005"  tergelak aku lepas tu. aku tanya dia, apa maksud menjadi pelanggan setia dalam konteks ni?? lepas tu dia divert soalan aku dengan menyatakan cik hanya perlu gunakan kad atm bsn cik di mana-mana mesin atm bsn blablabla. kad atm bsn pn aku dah takda. masa aku habis matrix, mak aku dh keluarkan semaksimum duit dari akaun bsn sebab masa tu dh nak pergi Surabaya.

Tapi mungkin ni betul dari bsn. cuma dia salah pelanggan la. aku mana ada setia dengan bsn! hoho

4. 0376266800
ni by far the best call ever. dia call masa aku tengah honeymoon. haha. bila aku cakap aku tak dapat nak entertain through the phone sebab i'm on a holiday with my husband, dia sebok2 cakap tahniah blablabla. aku pass phone pada husband. agak lama jugak dia melayan sampai tertido aku dibuatnya. bila aku bangun, ada la sikit2 catatan yang husband amek dari pemanggil tu. dia nk jual insurans. tp bila husband suruh call semula sebab nk bincang dengan aku dulu sampai la ni takda call dh. so aku assume dia batuk-batukmdi tangga saja. x nak jawab dah call ni.

****update
5. 03296888
baru dapat misscall. terus aku google. haha. scam.

kesimpulannya berhati-hatilah dengan pemanggil2 telemarketing ni. memang dia ckp perbualan kita dirakam. tp once kita ada bagi tanda kita setuju, sometimes mereka potong terus dari akaun kita. tau tau duit dh lesap.

kalau nak deal dengan agen insurans, lagi baik kalau jumpa face to face. macam ni aku lagi secure. dah la jumpa face to face, bawak husband dengan ayah sekali. aku dengan husband blur2 sikit pasal insurans ni. ayah la yang banyak tanya itu ini. berapa kali dah agen insurans aku kena renew proposal dia.

sekian, semoga bermanfaat.

No comments: