lepas balik dari wedding syukri teah, kami tak terus balik ampang. we stayed overnight at a motel in ipoh. sebab memang dh niat nk jalan-jalan cari makan sempena cuti hari malaysia.
anyway, aku agak gelabah nk tido dekat motel pasal sijil nikah tertinggal dekat jb. sepanjang malam berdoa jangan lah ade serbuan ke ape ke. haha
esok pagi-pagi lg mcm biasalah suami sy ni bangun pagi terus lapar. so apa lagi, round2 bandar ipoh cari tempat makan. dulu suami matrix dekat gopeng jadi dia kenal la jalan dekat ipoh ni serba sedikit. oh lupa nk mention malam semalamnye Adnin ada follow sekali. segan nk pergi siang kononnye takda geng la. haha
lepas breakfast husband tanye nk pegi mane?
dalam hati teringin nk pegi tgk lost world of tambun. tp dalam hati tak da idea pn what lost world of tambun looked like. so redah je la. maybe situ theme park ke ape ke.
skali dah sampai rupenye LWOT ni waterpark rupenye.. dh la x bwk baju lebih. so memang tak masuk la kan. just sekadar amek gambo je sikit2.. selain dari mempersiapkan diri mengambil lesen kereta semula. haha.
tidak.
pagi2 tempat parking dia lengang semacam. maklumlah waterpark pukul 11 baru bukak. di kesempatan yang tidak sempit inilah aku amek kesempatan belajar bawak kereta husband. aku ni dh lupa nk bawak kereta manual mcm mana. tgk mcm mudah tp bila sendiri dh dkt driver's seat. otak aku x blh nk multitask secara tetiba. dapatla aku bawak R3 tu sampai masuk gear 2 je. haha.
lepas dh puas bergambar dan bergurau senda suami tanye lg nk pegi mane pulak. nk pegi cameron ah bosanlah baru je honeymoon dkt situ. then husband kata teringin lah nk pegi Genting Highlands. aku terus set gps pegi Genting. tp dalam hati teringin jugak nak pegi Bukit Tinggi (ni pn satu lg tempat aku x da idea pn dekat mana) so aku menyatakan hasrat hari nk pegi bukit tinggi. lau husband suruh search dlm gps.
dari ipoh ke genting dlm 180km.
dari ipoh ke bukit tinggi dalam 202km
dari genting ke ampang dalam 50km.
dari bukit tinggi ke ampang 45km.
since kalau pergi genting pn aku bukan blh naek rides ke ape. jadi kami memutuskan untuk ke Bukit Tinggi. husband sgt sweet memenuhi permintaan isterinya. i love you sayang.
sangatlah kebetulan rupanya dari ipoh nk ke bukit tinggi memang kena lalu genting pun, so xdalah husband kempunan nak pegi genting sgt sebab memang lalu pun. so win-win situation lah di sini. dapatlah kita tgk cable csr bergayut2 atas kepala sekejap..
Orang kata alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Di kesempatan jalan yang berbukit-bukau dan berliku-liku itu suami tersayang test drive R3 dia. Aku memang sepanjang masa berdoa dalam hati minta dilindungi keluarga kecil kami ini. Geram jugak kadang-kadang dekat suami ni tapi sekali-sekala biarlah dia lepaskan apa yang terbuku di hati. HAHAHA. Nanti dah ada baby dalam child seat memang tak da chance la nak berdrift2.
Akhirnya sampailah kita ke destinasi yang dituju.
BUKIT TINGGI.
biase je la.. tempat yang sesuai untuk sight seeing dan relax2. kalau nk tempat boleh naik roller coaster pusing-pusing tu kena pergi Genting lah. ataupun LEGOLAND. Legoland nanti kite cerite.
Kesimpulannya, we had a really great time jalan-jalan that weekend. Suami sangat sporting dan lovely.
I LOVE YOU!
p/s: kitorang plan nak beli tripod. senang sikit nak amek gambo berdua. sekarang ni asal nak set timer je bawah camera siap alas dengan ipad, lepas tu ada s2 bagai. ada tripod nanti senang la.
No comments:
Post a Comment