Saturday, 21 August 2010

Cerita-cerita

Cerita 1

Di pasar ramadhan.
Seorang anak muda sedang mahu membeli cucur udang apabila tiba-tiba dia tidak menemukan sesuatu yang dicari lalu bertanya kepada tukang jual itu.

"Makcik, kenapa cucur udang ni tak de udang pon saye tengok??"

Lalu tukang jual menjawab,

"Awak tengok dalam cucur badak tu ade badak ke???"

..............................................???


Cerita 2

Di majlis pernikahan.
Seorang anak muda (belum bernikah) menghadiri pernikahan saudaranya. Ramai orang-orang tua yang menegur anak muda (yang belum bernikah tadi),

"Awak pulak bile nk menyusul ni??"

Anak muda (yang belum bernikah tadi itu) dah puas la kena tanya mcm tu nk jawab mcm mana lagi kan memang die belum ada perancangan............

Suatu hari, ada salah seorang dari ahli keluarga dia meninggal lalu.
Di kubur.

Anak muda (belum bernikah, orang yang same) terserempak dengan orang-orang tua yang pernah ditemuinya semasa majlis pernikahan saudaranya tempohari lalu menegur mereka,

"Makcik pulak, bile nak menyusul???"

Pulangkan paku buah keras. %$$&^%&!!


Cerita 3 (panjang sikit ni)

Di atas jalan raya (lebuh raya pn boleh la)
Sebuah kancil yang dipandu seorang pakcik tersadai di pinggir jalan sebab enjin die rosak ke apetah kereta die tak boleh jalan dh. Tiba-tiba seorang anak muda yang baik hati dan memandu sebuah Lamborgini berhenti untuk membantu pakcik dengan kereta kancil yang rosak tadi.

"Pakcik, saye tolong tarik kereta pakcik ni sampai workshop ok, nanti kalau saye terbawak laju, pakcik flash la tak pon honk je biar saye sedar. Saye takut saye terlupe, maklum la dah biase bawak laju"

Pakcik berkata, "baiklah..baiklah..terime kasih nak.."

Lalu anak muda dengan Lamborgini tadi tarik la kereta kancil pakcik tu dari belakang. Apabila anak muda tu terbawak laju, pakcik kancil tu pn flash2 la dengan bersungguh-sungguh untuk menyedarkan anak muda itu. Apabila tersedar, anak muda tu pn perlahankan la kereta dia.

Sampai di traffic light. Traffic light sedang merah
Tiba-tiba datang kereta ferrari pulak berhenti sebelah Lamborgini. Ferrari turunkan tingkap tunjuk berlagak la pastu ajak race pulak. Lamborgini mane boleh kena cabar, mesti kena sahut punya! Apabila lampu bertukar hijau, Lamborgini dan ferrari memecut laju untuk menunjukkan kehebatan masing2.

Dalam pada laju itu, rupenye ade polis pasang speed trap pulak,

Polis 1: eh, ade kereta Lamborgini dengan ferrari bawak laju ni kau nampak tak??Suruh road block tahan mereka.

Polis 2: oii,,,ade satu kereta lagi laju tu. Kereta kancil pulak tu, siap flash2 honk2 tak berhenti tu. Nak potong Lamborgini ke???

.............................................................................................................

Laughter is the best medicine. :)

2 comments:

iecka ♥ said...

hahahahhahaha.suke cerita num 1.hahaha.cmne laa agaknye kalau ade badak.eheee

:+:+: Ashikyn :+:+: said...

ucuk la arina.. macam budak nakal